Wednesday, May 6, 2009

Permulaaan hari.


Andaikan anda di situasi ini.

“kamu tidak dibenar menduduki final exam” kata seorang pensyarah.

“kenapa,apa salah saya???” anda membalas dengan provokasi.

“kamu tidak hadir satu hari kuliah yang penting iaitu pada tarikh…(sekian-sekian tarikh)”

“kuliah yang kamu tak hadiri itu merupakan nilaian pada kuliah-kuliah yang lain” sambung si pensyarah.

Haha..bagaimana anda kalau disituasi ini???marah, rasa nak bergaduh dengan pensyarah, calarkan kereta dia..jangan, jangan tiru aksi tersebut.

Andaikan pula anda ada seorang kawan yang sungguh baik hati. Selalu diberikan hadiah kepada anda. Hampir setiap hari (ada ke???anggap ada laa..). disebabkan sifat pemurahnya itu anda sangat suka pada dia ni. Tapi bila tiba harijadi anda, dia buat-buat lupa. Macam tak pernah kenal dan berkawan dengan anda. Tentu segala kebaikan dia selama perkenalan itu anda anggap buruk kerana perbuatannya hanya pada satu hari sahaja.

Ini hakikat. Kadang-kadang kita menilai sesuatu perkara yang besar dengan meletak ukuran pada benda yang kecil.

Subuh sebagai indicator.

Jika kita adaptasikan contoh diatas dengan solat 5 waktu, pasti solat Subuh akan menjadi ukuran yang penting. Kebijaksanaan Allah Rabbul Izzah, subuh adalah waktu solat yang paling singkat dan paling banyak ‘rintangan’. Maka memang sewajarnya subuh menjadi kayu ukur bagi solat fardhu yang lain. Lulus subuh, insyaAllah lulus solat fardhu yang lain. ‘Kantoi’ solat fardhu yang lain, maka rujuklah solat subuh anda.

“Jika suatu hari kita terlepas solat subuh, maka periksalah dosa/maksiat apa yang kita lakukan semalam” kata Dr. Kamil sewaktu ketemu beliau Sabtu yang lalu.

Memang salah jika kita beranggapan Allah membuat pernilaian seperti itu. Ini hanya nilaian kita, manusia yang lemah lagi hina. Kita beribadah kepada Allah dengan perasaan sebagai seorang hamba. Dan seorang hamba itu pasti ingin memberi khidmat yang terbaik kepada Tuannya.

Subuh yang kuat adalah subuh yang berjamaah. Maka tak hairan kenapa seorang rahib Yahudi berkata umat Islam tidak akan dapat menawan Palestin(Baitul Maqdis) jika saf solat subuh dimasjid tidak seperti saf solat Jumaat. Dan hari ini, secara taktikalnya jika orang kafir ingin menyerang rumah kita, maka waktu subuh adalah yang paling sesuai.

Maka tunggu apa lagi??? Mula gerakkan subuh anda dan rasai nikmat subuh.

Selamat bangkit subuh.


*Kefahaman Membina Amalan*

3 comments:

  1. harap permulaan hari yg baik jgk utk sem br nti...hee

    ReplyDelete
  2. memahami untuk difahami....
    tak semua org mempunyai kefahaman yang betul2 tentang fahamnya sahabatnya...

    ReplyDelete
  3. Macam faham ja pasai pa telagarahsia....

    ReplyDelete