Wednesday, May 6, 2009

Permulaaan hari.


Andaikan anda di situasi ini.

“kamu tidak dibenar menduduki final exam” kata seorang pensyarah.

“kenapa,apa salah saya???” anda membalas dengan provokasi.

“kamu tidak hadir satu hari kuliah yang penting iaitu pada tarikh…(sekian-sekian tarikh)”

“kuliah yang kamu tak hadiri itu merupakan nilaian pada kuliah-kuliah yang lain” sambung si pensyarah.

Haha..bagaimana anda kalau disituasi ini???marah, rasa nak bergaduh dengan pensyarah, calarkan kereta dia..jangan, jangan tiru aksi tersebut.

Andaikan pula anda ada seorang kawan yang sungguh baik hati. Selalu diberikan hadiah kepada anda. Hampir setiap hari (ada ke???anggap ada laa..). disebabkan sifat pemurahnya itu anda sangat suka pada dia ni. Tapi bila tiba harijadi anda, dia buat-buat lupa. Macam tak pernah kenal dan berkawan dengan anda. Tentu segala kebaikan dia selama perkenalan itu anda anggap buruk kerana perbuatannya hanya pada satu hari sahaja.

Ini hakikat. Kadang-kadang kita menilai sesuatu perkara yang besar dengan meletak ukuran pada benda yang kecil.

Subuh sebagai indicator.

Jika kita adaptasikan contoh diatas dengan solat 5 waktu, pasti solat Subuh akan menjadi ukuran yang penting. Kebijaksanaan Allah Rabbul Izzah, subuh adalah waktu solat yang paling singkat dan paling banyak ‘rintangan’. Maka memang sewajarnya subuh menjadi kayu ukur bagi solat fardhu yang lain. Lulus subuh, insyaAllah lulus solat fardhu yang lain. ‘Kantoi’ solat fardhu yang lain, maka rujuklah solat subuh anda.

“Jika suatu hari kita terlepas solat subuh, maka periksalah dosa/maksiat apa yang kita lakukan semalam” kata Dr. Kamil sewaktu ketemu beliau Sabtu yang lalu.

Memang salah jika kita beranggapan Allah membuat pernilaian seperti itu. Ini hanya nilaian kita, manusia yang lemah lagi hina. Kita beribadah kepada Allah dengan perasaan sebagai seorang hamba. Dan seorang hamba itu pasti ingin memberi khidmat yang terbaik kepada Tuannya.

Subuh yang kuat adalah subuh yang berjamaah. Maka tak hairan kenapa seorang rahib Yahudi berkata umat Islam tidak akan dapat menawan Palestin(Baitul Maqdis) jika saf solat subuh dimasjid tidak seperti saf solat Jumaat. Dan hari ini, secara taktikalnya jika orang kafir ingin menyerang rumah kita, maka waktu subuh adalah yang paling sesuai.

Maka tunggu apa lagi??? Mula gerakkan subuh anda dan rasai nikmat subuh.

Selamat bangkit subuh.


*Kefahaman Membina Amalan*

Thursday, April 30, 2009

Salam Tautan Hati

kenapa uzair jadi blogger plak ni???

Sejak jadi student ICT di CENFOS(asasi UIA), baru aku tahu banyak lagi cabang ilmu yang belum aku ceburi apatah lagi ambik cakna. Mana tidaknya, masa dekat sekolah teknik dulu satu batch perdagangan(disebut perd) azam nak sambung dalam bidang keusahawanan/ekonomi/perniagaan.

Jurusan lain tak fikir dah.

Tapi lepas habis SPM masing-masing ikut haluan sendiri dan ada yang tekad tukar jurusan yang jauh berbeza, sebagai contoh kejuruteraan dan komputer. Surat tawaran yang mula-mula sampai dalam peti surat rumah ialah politeknik dan kolej matrikulasi perlis. Pendek cerita, aku berjaya mendaftar sebagai student kolej matrikulasi perlis dalam jurusan perakaunan. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pengatur dan selepas sebulan dibumi Perlis darus Sunnah, aku mendaftar sebagai pelajar UIA dalam jurusan ICT. Dan aku jugak hampir dilabel sebagai "tak waras" sebab gatal-gatal keluar matrik akaun dan ambil jurusan ICT di UIA PJ. Apatah lagi aku jadi perhatian cikgu-cikgu dekat sekolah teknik dulu untuk sambung dalam bidang perniagaan.

Tapi sekarang aku dah tekad untuk jadikan bidang ICT sebagai profesyen aku masa hadapan. Atas bimbingan sahabat-sahabat, aku dah tahu kepentingan ICT untuk ummah dan dakwah. Baru-baru ini, aku dipilih jadi responden untuk thesis Phd. seorang pensyarah kat UIA. Tajuk thesis dia "kefahaman pelajar terhadap jurusan yang dipilih" dan temuramah ini dirakam seorang sahabat aku Fahmi. Kebanyakkan soalan berlatarkan sejauh mana pelajar tahu dan dapat info tentang jurusan yang sedang dia ambil sekarang.

Setiap soalan aku jawab dengan jujur.

Dan salah satu soalan bertanyakan kenapa aku memilih jurusan ICT. Jawapanku "Saya umpamakan ICT sebagai sebilah pisau. Pisau boleh digunakan untuk kebaikan iaitu memotong. Dan pisau juga boleh digunakan untuk membunuh. Terpulang kepada si pemegang pisau untuk manfaatkannya. Dan saya ingin manfaatkan pisau itu untuk masyarakat."

Jadi, sebagai permulaan ku mulakan dengan blog. Walaupun sebenarnya semua orang boleh mempunyai blog(mungkin lebih hebat dari blog ni), tapi aku optimis blog sebagai media terbaik untuk aku berjinak-jinak dalam dunia ICT ini. Dan blog ini juga sebagai media aku nyatakan pandangan, info dan maklumat yang BENAR. Kerana apa???... kerana Islam itu benar dan fitrah manusia sukakan perkara yang benar.

*Kefahaman Membina Amalan*